Friday, April 8, 2016

Morning glory.

Alangkah bagusnya kalau "berpagi-pagian" tu menjadi satu budaya kat sini. Bangun dan persiapkan diri awal-awal, pergi senaman, sarapan pagi. Lepastu mulakan kerja di pagi hari dengan tenang hati.

But from where I am currently, it's the opposite.

Kita lebih suka meluangkan masa di malam hari. Buat kerja, buat perjumpaan, lepak, sembang, makan-makan. Semuanya buat waktu malam, kadangkala sampai jarum jam dah menunjukkan pukul 2, 3 pagi.

Antara sebabnya selain ada hal/kerja/kelas, adalah kerana pukul 8 am tu terlalu awal. Pukul 9 am tu masih terkebil duduk atas katil. Pukul 10 am baru lah boleh function, tu pun kalau elok kena dengan mood.

Aku pelik sebenarnya. Kebanyakan kita di sini adalah Muslim. Dan aku ada terbaca kat mana entah, bahawa "A Muslim should be a morning person by nature."

Aku setuju dengan pernyataan tu.

Kalau betullah nak ikut macam mana yang Islam sandarkan, pukul 10 dah bersedia untuk tidur. Sebab nak sediakan badan bangun tahajjud pukul 4 nanti.

Tapi kat sini, lain. Semua jadi "night-owls", dan kadangkala kalau dalam group WhatsApp tu, memang tak sah kalau takda orang sembang sampai pukul 3, 4 pagi. Kalau berbicara perkara ilmiah yang serius, takpe. Ni sebaliknya.

Aku tulis kat sini, bukan sebab aku tiap hari bangun tahajjud dan pergi bersenam. Aku tulis kat sini, sebab aku terpikirkan kenapa aku ni selalu susah hati dan "mahal" rezeki. Rupanya memang ada kaitan dengan bangun awal pagi.

Aku masih berada di takuk lama, dan memang susah nak buat anjakan paradigma ni sebenarnya. Lagi-lagi kalau kau seorang je tanpa ada yang nak bangun bersama-sama. Bila ingat balik kisah Rasulullah s.a.w. yang begitu tabah berseorangan menyebarkan Islam, terus insaf.

Sesungguhnya diri ini begitu lah kerdil nye pun adui.

Tapi, tu lah. Memang aku harap sangat dapat jadi morning person macam mama dan ayah, dan seterusnya jadi manusia yang berguna. Salute sama mereka!

No comments: