Tuesday, June 21, 2016

Pelajar contoh.

Dalam tak sedar, dah almost two weeks aku berada di sini menikmati suasana Ramadhan di UKM. Sebelum ni elok-elok je exam aku habis sebelum mula puasa, kali ni lain pulak. Our Hijri calendar is based on lunar movements, and because of that Ramadhan is 10 days earlier every year. 

Alhamdulillah kali pertama aku experience puasa di UKM, pada minggu study week. Kelas semua dah habis, presentation kuiz assignment semua dah submit. Dan seperti semua student mengetahui, memang gila la waktu-waktu terakhir AKA minggu ke-13 minggu ke-14. Nak pulak aku ni jadi wakil kelas, kena kumpulkan files for this one subject. Memang ke hulu ke hilir jumpa orang sana sini. Dan ini juga menjadi salah satu sebab kenapa aku tak luangkan study week kat rumah. Orang lain syok bersenang-lenang seminggu lamanya duduk rumah, aku kena pulang ke UKM kerana harus mengumpulkan files dan submit by hand to the lecturer. 

Aku tak complain pun. Sebab pengalaman telah mematangkan aku di mana pada semester-semester terdahulu aku langsung tidak berusaha nak buat ulangkaji pabila berada di rumah sewaktu study week. Kat rumah memang tak boleh study wei. Nak kata tengok TV, ayah aku dah cabut Astro so memang tv kat rumah tu buat kumpul habuk je. Tambah pulak the only ones who REALLY watch the TV are my mother and sister. Mama dengan channel Diva, Adik dengan channel Korea asyik Runningman tak habis-habis. So bila Astro cabut, memang say bye-bye je la kat TV tadek sape nak pandang kau dah heh. 

Back to the story. (apa story aku sebenarnya hm) Culprit terbesar semasa berada di rumah adalah INTERNET. Dulu, kini, dan selamanya. Satu family aku internet addicts,serious tak tipu. Daripada ayah, ke mama, ke aku, ke adik-adik aku. Semua hantu internet. So memang heaven lah kan buat seorang introvert macam aku ni yang sugguh malas mahu keluar makan mahupun berjumpa rakan. Paling best, sebaik sahaja tiba di rumah, WiFi connect automatically dan zass!! aku akan hilang dari pandangan semua orang (actually berada di bilik layan Tumblr, YouTube, Twitter, Instagram, pekejadah semua tu)

"Ak en la rumah kau dekat je kan! Setiap minggu balik kan!"

Walaupun rumah aku dekat dengan kampus, iaitu hanya sejam perjalanan through kereta/dua jam perjalanan through public transport namun aku bukanlah jenis yang tiap-tiap minggu balik rumah. Boleh kira pakai jari berapa kali aku balik rumah. Paling koman pun waktu cuti midsem je balik sekejap. Kawan-kawan yang duduk Utara/Pantai Timur lagi rajin balik daripada aku ni sobs sobs.

Kenapa aku begitu jarang berada di rumah? Sebabnya tak lain tak bukan, adalah kerana kokorikulum. Ok tu cerita untuk lain hari.

Back to the story. (again) so makanan aku hari-hari bila duduk merempat kat kolej tunggu nak jawab exam ni adalah.....sahur kurma, air kosong. Kalau rajin, naik pantry buat susu omega plus oat. Pastu untuk berbuka pulak aku join yang lain makan dalam talam beramai-ramai. Bukan sahaja free, malah menjimatkan duit serta boleh mengeratkan hubungan silaturrahim (ceh padahal baru 3 kali je makan situ) 

Entahlah aku pun dah lupa aku ni makan apa sebenarnya kat sini?! Nak kata badan susut, bertambah gemok pulak aku. Tu la, study kuat sangat ni kot. (hm)


Tapi harini aku perlu berbangga dengan diri sendiri, dan kau juga perlu berbangga dengan diri aku. Kerana aku berjaya sahur dan terus menunaikan solat serta study! Ini pencapaian yang sungguh memberangsangkan! Bayangkan, selalunya habis selesai je baca doa lepas solat subuh, memang aku landing atas katil. Nak-nak pulak cuaca sekarang ni yang sejukkk peh nikmat wei. Tapi harini aku ketepikan segala kemahuan nafsu tidur, lalu terus mencapai pen dan highlighter untuk buat nota dan revision. Fuh fuh semangat gila sampai aku off data kat phone! Ni memang serious nak belajar ni! Sampailah aku rasa macam dah tak boleh nak carry on dah, rasa berat mata memandang berat lagi bahu memikul, maka aku pun memutuskan untuk rehat dan tunggu lepas zohor. Memang penat der, aku rasa tak pernah otak aku bekerja keras sekeras ini. Sedang aku melihat jam untuk menentukan waktu (ceh kononnya macam dah study 5 jam straight lepas subuh) aku pun tengok....

Ya Allah baru pukul 8:15am?! Dua jam je aku menelaah pelajaran?!

Serious wei nak pengsan rasa. But I had to pat myself at the back because of this astounding achievement, and proceeded to reward myself with a nap (which lasted until 1pm)

Macam ni la pelajar contoh. Yo yo oo je belajar, konon gempak habis la 2 jam. Yang tak gempak tu tidur 4 jam kembali kenapaaaa dirikuuuu iniiiii aisehhman

Ok la, sekarang nak Isyak, pastu nak terawih.

Semoga diri kau dan diriku baik-baik sahaja. 

No comments: