Wednesday, June 22, 2016

Pengalaman pekerjaan yang picisan. (3P)

I have left school 4 years ago, and Ramadhan has never been the same ever since. (masih dalam mood nak post everything ramadhan ke kak?)

Tapi kali ni nak cerita pasal pengalaman kerja aku pulak. Haaa menarik kenzzz


Year 2012
Finished SPM. Excited nak pergi job-hunting because being a freeloader ain't cool yo. Punyalah pusing mall sana sini, last sekali dapat jugak. Became a boutique assistant for only 3 days sebab tetiba akak situ kata,

"Dik awak kerja ni sampai bila eh?"

"??? Uh sampai result SPM keluar???"

"Oh ya ke, sebab manager cakap kat akak awak ni kerja untuk masa sale ni je. Takpelah, ni gaji."

"?????????"

Ya that sale was the Year End Sale during the weekends so memang aku kerja kat boutique tu tiga hari je hahahah. Well, pengalaman tetap pengalaman.


Year 2013
Sambil-sambil ambik lesen memandu tu, terasa bosan duduk melepet kat rumah. Jadinya aku pun tanya kawan-kawan lain kot la diorang tahu ada vacancy memana. FYI memang waktu tu berlambak budak-budak satu batch kerja fast food restaurant, kerja kat petrol station, sampaikan aku rasa MALAS dan TAK NAK keluar rumah sebab kang mesti asyik terserempak je haha (ye aku memang tak suka bersosial) 

Last sekali Faizah ajak aku kerja kat tadika dekat dengan perumahan. So off to a new job! Kali ni lama sikit tempoh pekerjaan aku, iaitu seminggu. Haa lama la tu kan kahkahkah. Waktu first day tu aku agak terkejut dengan betapa banyaknya kanak-kanak menangis tak mahu lepaskan mak diorang. Aku rasa waktu aku tadika dulu aku lek je kot takde nangis-nangis ni (mungkin sebab aku seorang nerd hm kbai) and then aku rasa Faizah perasan kot aku macam shocked gila, terus dia kata,

"Wei ko amek je memana budak yang tengah menangis pastu tenangkan dia."

"???"

Tanpa membuang masa aku pun grab a nearby kid, pegang tangan dia, dan terus beri kata-kata semangat seperti,

"Adiiiiik jangan la nangis takpe nanti mama datang balik petang nanti ambik adik."

"T-t-ta-tapi petang nanti t-t-tu lambaaaaat" (cries even more)

Pastu aku pon terus peluk dia dan tepuk-tepuk belakang sampai la cikgu-cikgu tadika tu kata kelas dah nak mula. Wow good job you have successfully manned the mission! Ye sangat successful, sampai aku tak perasan tudung aku dah berubah. Dari elok-elok tekstur kain bawal, lepas tenangkan budak tu tudung aku jadi tekstur melekit pulak. Aku pandang Faizah, Faizah pandang aku balik, pastu dia buat thumbs up. -___-"

Oh ye, aku kerja kat tadika ni bukan bermakna aku jadi cikgu. Aku jadi tukang jaga toddlers. Yea, the little kids yang berumur paling tua pun 2 tahun. So antara job scope aku adalah: mandikan, pakai baju, basuh poopoo, teman gi tandas, lap muntah, lap hingus, main dengan diorang, tepuk bagi tidur, suapkan makanan................................pokoknya aku jadi ibu diorang selama 10 jam working hours. 

Pengalaman jadi nanny ni memang sangat tak boleh dilupakan, sebab bagi aku ni lah antara pengalaman PALING BEST dan SANGAT mengajar aku erti hidup. Memang best luangkan masa dengan anak-anak (oops anak kerr) rasa begitu diperlukan sepanjang masa hahahaha. Ye akan ada yang mengatakan

"Ak en la ko baru kerja situ seminggu! Try sebulan tengok! Mahu menangis layan diorang ha! Nanti tunggula ko ada anak-"

The time comes when the time comes. Now just let me enjoy okeh. (over sangat)

Seminggu kerja tadika, tup-tup dapat surat mengatakan aku kena lapor diri. Hah lapor diri?! Terlupa pulak sebelum SPM dulu ada apply nak masuk PLKN.......... (cerita pasal PLKN di lain hari) maka ciao cincau lah aku bersama duit gaji yang masyukkkk eh mestila masyuk penat der jaga anak orang. 

Lepas tiga bulan berfoya-foya di hutan kelapa sawit Perak, maka pulanglah aku ke negeri tercinta bersama kulit rentung dan badan yang EH KENAPA MAKIN GEMOK ye duduk PLKN makanan sedap-sedap wei ok nanti aku cerita lebih lanjut, sekarang fokus pada work history aku yang picisan dan marhaen ini ya rerakanz.

Dapat result SPM, apply UPU. Hm masih ada lagi cuti berbaki 3 bulan sebelum melangkah masuk ke universiti, bagaimana ya? Aku bernasib baik sekali lagi kerana Nina ajak kerja kat sebuah restaurant terletak di tengah-tengah bandar. Ni lah pengalaman pekerjaan aku yang paling lama, iaitu 3 bulan setengah.

So job scope aku, in simpler words, adalah to handle semua ruang yang bukan dapur. Ha paham tak? Sebab dapur adalah bahagian chef. Makanya ya kerja aku termasuklah menjadi waitress, cashier, buat air, mengemop mengemas semua tu. Kalau la aku katakan kerja tadika dulu tu paling mengajar aku erti hidup, hm tidak lagi. Sewaktu aku kerja di restaurant ini lah pengalaman yang paling membuka mata aku. Dealing with people, layan kerenah orang, dan dealing with people. Sangat-sangat out of my comfort zone. FYI aku memang tak suka kerja pejabat. Y'know, environment yang ko duduk je hadap laptop buat filings and all, itu memang bukan style aku. Aku suka kerja yang memerlukan aku untuk bergerak ke sana ke mari. That's what I wished for, and that was what I got.

To me, working in this restaurant was the best gig ever, because

1) I went out of my comfort zone
2) I had to deal with people (!!!)
3) I mastered the art of multitasking

Part favourite aku adalah pabila aku kena jaga bar. Haip ni restaurant halal ni, takda arak. Cumanya tempat buat air tu kitorang panggil bar. Aku paling suka buat air. Nak-nak kalau customer order air yang pelik-pelik contohnya macam mocktails yang ada 10 steps, atau nak air buah ke avocado ke sebab aku suka blend-blend ni, pastu air oren for breakfast yang memang 100% rasa macam ko minum kat hotel, peh layannn. TAPI air yang PALING aku tak suka buat adalah teh tarik, sebab aku sangat tak handal part tarik-tarik. Banyak kali dah customer return sebab woi apasal buih takde?! Hm k.

Actually banyak lagi benda aku nak cerita pasal experience working in a restaurant ni, tapi post ni terlalu panjang dah. Maka untuk recap:

1) Apply for PLKN
2) Go out of your comfort zone
3) WORK IN A RESTAURANT


Seriously, memang life-changing.

 

No comments: