Friday, July 1, 2016

En route to #SeniorYear

Bismillahhirrahmanirrahim.

Alhamdulillah guys. This kid right here has officially ended her second year of ELS. Tahun kedua pengajian yang sungguh padat dengan.......emosi. 

Ya betul. Emosi. 

Semester ni semua subjek susah gila. Bermula dari core subjects iaitu Sociolinguistics, Multimedia English, Morphology and Syntax, Research Methodology, TITAS, sampailah ke electives iaitu Falsafah Sains dan Seni Lukis........semua aku rasa macam bayi yang tak reti duduk diam, yang perlukan perhatian aku sepanjang masa. Kalau aku sorang memang mampus la, tapi syukur lecturers semua sangat banyak membantu,  T__T

Aku baru je (baca: 15 minit yang lalu) habis final examination yang tempohnya selama 3 minggu lamanya. Mereput? Memang kerepot dah aku ni ha tunggu bilaaa laaaa naaaak baaaliiiik rumaaaah. Mula-mula memang sakit hati bila orang lain dah huha huha tarik beg nak pulang ke kampung halaman. Rasa pedih, bagai disiat-siat apabila orang bertanyakan,

"Eh bila habis exam?"

"1 julai."

Di sini reaksi mereka sama ada A) gelakkan aku B) senyum sinis C) cakap takziah

"Ala rumah dekat jeeeeeeee kaaaannn"

Ye aku tahu there's really nothing to complain about, tapi ye la. Sakit hati. Annoying gila kot. Dah tu memang la rumah aku dekat, tapi aku ada kat rumah ke sekarang?! Hah? HAH?! (emo gila)

Tapi tu waktu mula-mula dulu la. Sekarang aku dah matang sikit, dah tak heran dengan komen-komen malah lebih pokerface dari biasa hahahahahaha.

Perasaan aku bila habis exam AKA habis second year? Takda perasaan. Kenapa aku numb? Mungkin sebab, ye la seperti aku katakan di atas nuuh, semester ni menyaksikan perangai aku yang paling entah apa-apa, paling mengada, paling WTFBBQ, tunggang terbalik sana sini so aku taktau la result aku macam mana nanti. Aku memang awal-awal dah kabo ke mama dan ayah yang aku tak yakin dengan sem ni. Setiap hari aku breakdown. Setiap hari aku call mama ayah, sampaikan diorang dah bosan dengar aku membebel pasal itu ini. Tapi aku tetap juga call mereka, supaya aku reda dan tenang dengan kehidupan.

To quote swag kids nowadays, "EMOSI RABAK TEROXX" yea that about sums it all up perfectly (aku PMS the whole year ke apa)

Well, I just hope for the best. Lagi-lagi di bulan Ramadhan yang penuh barokah ni. Usaha dah, sekarang kena banyakkan berdoa, dan paling penting sekali, tawakkal. Do the best, pray for bless, let Allah s.w.t. do the rest.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 

Yang benar,
#pokerface

No comments: