Wednesday, July 13, 2016

Tragedi Syawal

Pada 30 Ramadhan yang lalu, keluarga aku dikejutkan dengan berita bahawa Maklong Azi meninggal.

Waktu dapat berita tu, aku dengan ayah tengah berniaga biskut raya kat festival berdekatan rumah. Sangat pilu, sebab masa tu ayah baru je bagitau aku Maklong Azi masuk ICU disebabkan penyakit yang begitu complicated. Beliau dah berada di hospital sejak mula Ramadhan, dan tak siapa sangka beliau akan keluar dari hospital selepas genap sebulan, dan pulang terus ke rahmatullah.

Terus tergendala aktiviti jual-menjual, sebab aku rasa macam tak berpijak di dunia nyata. Terus aku takda mood nak senyum kat pelanggan. Lama jugak aku termenung, tapi sambil tangan automatik capai biskut masuk plastik, capai duit masuk bekas duit. Serious memang rasa nak balik rumah.

Tup-tup terus ayah aku kata, "Kak kita balik kampung terus lepas zohor nanti." Memang kelam kabut semua. Nasib kitorang memang dah packing baju- baju dan barang untuk dibawa ke sana.

Haih, sedih. Suasana kat kampung sangat sombre. Achik aku kata "Dah habis ah mood raya." Bayangkan, esoknya nak raya, tiba-tiba terjadi macam ni. Terkejut, sedih, semua ada. Tapi, Allah dah merancang perkara ni, dan Allah lah sebaik-baik perancang.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat waktu berniaga tahun lepas, maklong aku ni antara mereka yang suka order biskut raya melalui kitorang. Dia akan kumpulkan order kawan-kawan, pastu kitorang akan hantar biskut ke syarikat. Dalam keluarga pulak, maklong aku memang jenis yang berkaliber. Yang kecoh suka bersembang dengan semua orang. Aku ingat lagi waktu kanak-kanak dulu, aku panggil dia maklong ZA, sebab dia guna produk mekap Za. Maklong aku ni selalu jadi mak andam, dia la yang mekapkan pengantin perempuan dalam keluarga kitorang. Aku pulak suka menyibuk tengok pakar buat kerja kan, heh.

Maklong aku ada seorang anak lelaki, umur baru 5 tahun. Sebak waktu jasad nak dibawa ke kubur, pastu anak dia asyik kata "What happen mummy? What happen?"

Kematian yang tak disangka-sangka, dan sangat meninggalkan kesan kepada kami semua. Haih. Al-fatihah untuk maklong Azzilah ku. Semoga tenang di sana, ditempatkan di kalangan orang beriman, dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.

No comments: