Tuesday, August 9, 2016

Ayam Bamia!

Assalamualaikum! Fuh lama benor aku tak nulih entri baru.

Bukan apa, busy sokmo lepas balik dari raya haritu. (yekeniiii, bukankah kau tido dan makan sahaja) Eh manedeeee, aku pergi cari kerja tau. Nak cari kerja pun satu hal, sebab kebanyakan syarikat nak at least tiga bulan bekerja, tapi aku ni cuti sebulan je. Maka menganggur lah aku selama seminggu.

Jap, entri kali ni bukan nak cerita pasal job experience aku (buat yang kesekian kalinya, huargh bosanggg dohh) tetapi aku nak berkongsi resepi mak aku iaitu.....jeng jeng jeng, AYAM BAMIA!

Buat yang tak tahu dan mahu tahu, resepi ini berasal dari timur tengah dan rasa seperti stew. Entahlah aku google je. Tapi aku boleh confirm kalau ada lauk ni depan mata, memang tak pandang mende lain. Tiga kali serving aku sorang je makan muahaha! Selalu jugak orang kata rasa sama macam ayam kuzi kelantan tu, tapi jika kau amati betul-betul, ada kelainannya (cewah)

Baiklah, nah resepi. Ikhsan dari mak aku yang terer/terror.





4 servings.

2x Bawang besar
4 ulas Bawang putih
1 batang Kayu manis
1 unit Bunga lawang
Ayam dan kentang (ikut banyak mana nak, potong kecil-kecil)
Tomato sos 5 sudu besar
Air sikit
Susu satu cawan
Tomato potong empat
Garam dan gula

Tumis bawang besar, bawang putih, kayu manis dan bunga lawang sampai wangi.
Masukkan ayam dan kentang, tunggu sehingga separuh masak.
Lepas tu, masukkan sos tomato, kacau. Masukkan air sikit. Masukkan susu. Kacau sampai pekat. Akhir sekali, masukkan tomato. Calit sikit kat tangan, kalau tak cukup rasa, boh la gula ke garam.

Dah siap!

Selalunya keluarga aku buat hidangan ni sebagai entrée. Kitorang cicah dengan roti baguette. Kalau tak ada, dengan roti putih biasa saja pun sudah memadai.

Dan selalu juga kalau ada tetamu datang ke, nak buat openhouse ke, ayam bamia ni lah yang akan dibuat. Sebab memang tak pernah lari dengan selera orang. Mesti kena punya lah dengan tekak masing-masing haaa power tak power mak aku ni.

Memang uuummmphh! wa cakap lu~

No comments: